Saturday, December 27, 2008

Local Football News

Liga Perdana Brunei tidak terjejas - AFC

Oleh: Amnri Haji Zainuddin
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Berita baik untuk pemain dan peminat bola sepak tempatan - Liga Perdana Brunei tidak terjejas dengan pembatalan pendaftaran Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (BAFA) dan boleh dilangsungkan pada bila-bila masa.

Perkara ini dimaklumkan oleh Pegawai Media Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Lazarus Rokk ketika dihubungi Media Permata di Kuala Lumpur, petang ini.

Perkhabaran itu sekurang-kurangnya merawat duka daripada episod hitam yang menimpa badan induk bola sepak Brunei itu setelah rayuannya agar pembatalan pendaftarannya diketepikan ditolak oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Rabu lalu.

Namun apa yang lebih dibimbangkan iaitu Brunei melalui pasukan atau kelab-kelabnya tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana pertandingan atau liga yang bernaung di bawah AFC dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjadi kenyataan.

Menurut Lazarus: "Brunei tidak boleh sama sekali menyertai atau menganjurkan mana-mana kejohanan antarabangsa kerana ia sudah pasti tertakluk kepada AFC dan FIFA. Ini memang peraturannya.

"Namun Brunei tidak ada masalah untuk meneruskan liga mereka sendiri. Dalam erti kata lain, liga bola sepaknya (Liga Perdana Brunei) boleh diteruskan seperti biasa. Malah semua aktiviti bola sepak domestik tidak terjejas dengan pembubaran BAFA. Mereka bebas meneruskan sebarang pertandingan tempatan."

Bekas Setiausaha Agung BAFA, Pengiran Haji Metussin Pengiran Metassan ketika dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai berita baik itu berkata: "Saya tidak mahu bercakap apa-apa ketika ini. Saya akan bercakap minggu depan."

Ditanya mengenai kemungkinan persatuan bola sepak baru seperti BAFA perlu didaftarkan semula untuk membolehkan mana-mana pasukan negara bertanding di pentas antarabangsa, beliau sekali mengulangi: "Tunggu saja minggu depan."

Pihak Urus Setia Liga Perdana Brunei juga tidak mahu mengulas perkhabaran dari AFC itu.

Ini bermakna kelab elit negara, DPMM FC, yang kempunan bertarung dalam Liga Malaysia 2009 selepas disingkirkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran kegagalan BAFA memberikan penjelasan mengenai status pembubaran mereka baru-baru ini, boleh bersaing dalam liga kebangsaan - yang tidak pasti bila akan membuka tirainya.

DPMM FC semalam mengambil keputusan menamatkan kontrak dua pemain Malaysia, Chan Win Hong dan Bobby Gonzales namun di masa yang sama mengarahkan pemain lain menjalani latihan seperti biasa.

Di sebalik berita menggembirakan itu, kedudukan Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah yang dijadualkan tahun depan berada dalam kekaburan kerana ia melibatkan penyertaan pasukan negara-negara ASEAN.

Pertandingan yang dilancarkan pada 2002 melibatkan pemain Bawah 21 Tahun itu dianjurkan dan secara teknikalnya diuruskan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan BAFA dengan kerjasama Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

Acara berprestij yang berhasrat menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan itu adalah untuk mendedahkan kemampuan semangat kesukanan ASEAN kepada dunia di samping memberikan peluang kepada pemain muda berentap di pentas serantau.

Sementara itu Lazarus berkata, beliau sendiri ada mendengar mengenai pembatalan pendaftaran BAFA namun enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata hanya pihak atasan AFC boleh memberikan kenyataan berkaitan.

BAFA pada asalnya ditubuhkan pada 15 Mac 1956 di Seria dengan nama Persatuan Bola Sepak Amatur Negara Brunei (BSAFA) sebelum menjadi Persatuan Bola Sepak Amatur Brunei (BAFA). Apabila Brunei mencapai kemerdekaan pada 1984, ia ditukar kepada Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam sehinggalah ke hari-hari terakhir pembatalan pendaftarannya.

Wednesday, December 24, 2008

NO DPMM FC in Malaysian Super League

Typical Brunei...always lambat.. now look what happen to our football team.. DPMM FC. Gara-gara BAFA inda menghantar annual report dorng.. impian peminat DPMM FC berkecai...bodoh..eh. Sepatut nya inda terjadi perkara ani... yatah ni...mentality orang Brunei kitani.. tunggu..tunggu..dan tunggu keraja nya..dah kan critical baru tah kan susah-susah.. minta extend tia apa..shit eh~ hampa ku tarus.

Mun cani..baik th buat persatuan yang banar2 committed...and will cause no problem... and make sure jua..apa yang di minta oleh government, persatuan or organisasi..dalam dan luar negeri..mesti on time..and di buat secara professional.

Sudah tah.. Olimpik di china inda ikut... kana malu kan lagi tu dalam TV.. ish ish..apa sudah jadi dengan sukan di Brunei pada tahun 2008 ani. Hancur sudah pakah... mun kediaku jadi menteri sukan...ku rombak semua ni..sistem2 lama ah.. yang pekerja makan gaji buta atu..ku buang.. any pegawai-pegawai yang mengampu atu..abis tu ku tandang... dorng ucap atau hina aku..atu inda ku ingau..jangan negara ketani ani yang kana ucap kan...membari malu saja.. jaga jua maruah negara ani...adang tah..kan fikirkan diri sendiri...atu..

MAJU SUKAN UNTUK NEGARA, SELAMA-LAMA NYA.....AMIN. BRUNEI SUDAH BOLEH...INDA LAGI PAKAI YAKIN... yakin...atu inda beguna.. mesti boleh sudah..

Thursday, December 11, 2008

Good N Bad year

It's now the month of December, the holiday month for most of us in Brunei, except for those who are working on their 1st year at work and those who are not allowed to have holiday from work. haha.. Well, i've been busy a lot on this month..nope..not because of work but family commitment.. yeah..last week my cousin had a wedding and tomorrow.. my other cousin is going to have a bersuruh or engagement... and then there's this one special day.. my birthday.

Yes~ MY BUFDAY, hahahahah~ i'll be 25 this year.. how time flies... i still feel like i'm stuck when i was 16.. i don't feel 25 at all... maybe i have a peterpan syndrome..huhu~ anyways.. my wish would be to be in a serious relationship..there i said it.. Yes... that's my wish.. and i hope it comes true. I'm not ashame to say it out loud.. There is this girl that i admire, but lately we haven't even talked or chat anymore.. i kinda miss her.. but anyway i wish for her happines..with whoever she's with...

I've been through a lot of bad relationship this past few years... and i've lost my self confidence in the time of healing.I've tried everything to build up my confidence..by helping others with their relationship.. i feel that i can relate with them by helping them.. instead i tend to remember all those past torn relationship..and i'm usually stressed out~ i know it sounds like alasan~ but its hard to get it over with...

I wish someone would be there for me.. wherever "she" is.